fbpx

Ramai pakai hijau tanda solidariti untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kakitangan Hospital UiTM Private Specialist memakai pakaian tema hijau bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

PETALING JAYA – Orang ramai hari ini mengenakan pakaian berwarna hijau sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin di Gaza yang menerima serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.

Difahamkan usaha itu turut dijalankan di serata dunia melalui kempen ‘Wear Green For Palestine’.

Antara gambar lain yang dimuat naik oleh beberapa pengguna serta agensi di laman Facebook, tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Orang ramai yang mengikuti kempen itu digalakkan untuk memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian berwarna hijau dengan kapsyen #weargreen atau #weargreenforpalestine

Tinjaun di media sosial setakat ini mendapati kebanyakan rakyat Malaysia bersepakat menyertai kempen berkenaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.

“Terharu lihat usaha rakyat Malaysia pakai baju hijau hari ini. Ayuh Malaysia! Benda mudah saja, bukan suruh pergi berperang di sana. Ini sekurang-kurangnya yang kita dapat lakukan,” kata Aqeela.

“Sebak bila kawan sepejabat pelbagai bangsa dan agama turut ikut serta pakai baju warna hijau. Kami bersama Palestin,” luah Vikii.

“Sedih tak dapat ikut pakai hijau sebab uniform warna lain. Tapi dapat selempang mafela Palestin,” kongsi Iqbal.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan seramai 11,320 telah terkorban dengan 4,650 daripadanya ialah kanak-kanak dalam serangan berterusan rejim zionis di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI