fbpx

Bapa tinggal anak dalam kereta demi sertai maraton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peng mendakwa bahawa dia hanya berlari sejauh 1.5 kilometer. - Getty Images

BEIJING – Seorang wanita memuat naik perkongsian mengenai bekas suaminya yang tergamak meninggalkan anak mereka berusia lima tahun di dalam kereta selama berjam-jam, semata-mata menyertai acara larian maraton, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dalam satu hantaran di media sosial, Zhao yang tinggal di wilayah Hunan, China berkata, obsesi bekas suaminya untuk berlari maraton akhirnya meruntuhkan rumah tangga mereka.

Menurut Zhao, kejadian itu diceritakan sendiri oleh anak perempuan mereka. 

Kanak-kanak itu berkata, bapanya membelikan sarapan pagi, memberi telefon bimbit kepadanya untuk hiburan dan menguncinya di dalam kereta untuk menyertai acara maraton.

Selepas menghadapi kecaman orang ramai, lelaki bernama Peng itu mengaku dia meninggalkan kanak-kanak tersebut di dalam kereta.

Dia bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa jarak larian adalah singkat sebelum dengan pantas kembali kepada anaknya.

“Saya hanya berlari 1.5 kilometer, kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia (anak) sedang tidur,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI