fbpx

Dewan Rakyat: Tiga Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar tukar tempat duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengesahkan tiga daripada empat Ahli Parlimen pembangkang yang beralih sokongan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertukar tempat duduk di Dewan Rakyat hari ini.

Syahredzan menerusi ciapan di aplikasi X memaklumkan, kesemua mereka yang mewakili Perikatan Nasional daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini duduk di belakang kerusi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tiga ahli Parlimen Bersatu dipindahkan ke belakang YB Muar,” katanya.

Dalam pada itu, Syahredzan turut berkongsi gambar plak nama tiga Ahli Parlimen tersebut iaitu Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, empat Ahli Parlimen daripada blok pembangkang termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memohon menukar tempat duduk di Dewan Rakyat selepas masing-masing mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI