fbpx

Kes penipuan dalam talian meningkat 23 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BACHOK – Kes melibatkan penipuan secara dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus bermula Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, statistik tersebut diperolehi daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Menurutnya, dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, sebanyak 19,224 kes penipuan dalam talian dilaporkan pada tahun ini dengan kerugian RM687 juta berbanding 15,659 kes pada tahun lalu.

“Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia pula merekodkan sebanyak 7,292 insiden keselamatan siber sepanjang tahun lalu berbanding 4,898 insiden keselamatan siber.

“Kes penipuan dalam talian (fraud) berada di tangga teratas dengan jumlah insiden sebanyak 3,087 kes, “ katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Kelantan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, hari ini.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Mengulas lanjut, Nie Ching memberitahu, setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 4,013 akaun dan kandungan penipuan telah ditutup selain 1,764 laman sesawang palsu untuk penipuan pemancingan maklumat disekat .

Katanya, kementerian juga telah menyekat sebanyak lebih 410 juta sistem pesanan ringkas (SMS) serta 19 juta SMS yang mengandungi pautan palsu bermula 2 Mei sehingga September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI