fbpx

Budak 11 tahun saksi kes pembunuhan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abhay menafikan kes pembunuhannya di Mahkamah Agung - NDTV

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia masih hidup, lapor laman berita Ary News.

Insiden berlaku di negeri Uttar Pradesh di mana budak lelaki itu berusaha menyakinkan mahkamah bahawa pembunuhan terhadap dirinya adalah kes palsu.

Kes bermula apabila bapa budak itu dikatakan berbohong dan menuduh datuk dan bapa saudaranya membunuh mangsa. Polis kemudian membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan.

Budak lelaki bernama Abhay Singh itu kemudian mengunjungi beberapa mahkamah untuk menutup kes dan membuktikan dia masih hidup tetapi petisyennya ditolak. 

Kes itu kemudian dibawa ke mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Agung. Dia berdiri sendiri di hadapan bangku mahkamah dan berkata ‘Saya masih hidup’.

Mengambil perhatian mengenai perkara itu, mahkamah mendapatkan laporan daripada kerajaan Uttar Pradesh, Penguasa Polis Pilibhit dan ketua balai polis Neuria.

Mahkamah juga telah mengarahkan pihak berkuasa untuk tidak mengambil sebarang langkah paksaan terhadap budak itu dan datuknya sehingga perintah selanjutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI