fbpx

Pasha tak campur isu bekas isteri dicurangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI kumpulan Ungu, Pasha tidak mahu ambil tahu urusan peribadi bekas isteri.

KERETAKAN rumah tangga pelakon Okie Agustina dan pemain bola sepak Gunawan Dwi Cahyo tiba di kemuncak apabila wanita itu mengemukakan permohonan cerai di Pengadilan Agama Bogor, Jawa Barat, 10 November lalu.

Okie yang ditemani anak sulung daripada perkahwinan terdahulu, Keisha Alvaro, mendedahkan suaminya mempunyai wanita lain.

Perkara tersebut telah dikongsikan Kiesha kepada bapanya yang juga anggota kumpulan Ungu, Pasha.

Kata penyanyi berusia 19 tahun itu, biarpun enggan campur tangan hal peribadi membabitkan ibu dengan suami baharu, bapanya tetap menitipkan pesanan.

Pasha meminta Kiesha agar menjaga si ibu sebaik mungkin selain terus kuat berhadapan krisis membabitkan dua individu disayangi itu.

Selain Keisha, perkahwinan Okie dan Pasha dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Azalea Putrina Pasha, 17, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha, 14.

Mereka berkahwin pada 2003 dan bercerai pada 2009 sebelum aktres itu bertemu jodoh dengan Gunawan pada 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI