fbpx

Jambatan sementara Setulang Daeng dibuka Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMEED mendengar penerangan bagi pembinaan jambatan sementara di Kampung Stulang Daeng, Klebang, Melaka. -Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Kira-kira 5,000 penduduk di Kampung Setulang Daeng, Klebang dan Kampung Pulau Gadong dekat sini akhirnya dapat menarik nafas lega apabila jambatan sementara atau dikenali jambatan Bailey dapat digunakan bermula Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, jambatan itu dibina sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dengan bantuan JKR Petaling, Selangor; JKR Temerloh, Pahang dan JKR Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Jambatan Bailey sepanjang 42 meter ini tidak melibatkan peruntukan yang besar, sebaliknya hasil kerjasama beberapa JKR negeri lain yang turut membantu.

“Besi jambatan yang digunakan adalah simpanan milik kerajaan negeri sepanjang 30 meter manakala selebihnya dipinjam daripada JKR Selangor.

“Insya-Allah Sabtu ini jambatan Bailey dijangka siap dan boleh digunakan oleh penduduk kedua-dua kampung yang terputus hubungan sejak jambatan lama runtuh pada 22 September lalu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan, hari ini.

Tambah Hameed Mytheen, jambatan dua lorong dengan kelebaran 7.2 meter itu hanya berkapasiti menampung bebanan di bawah lima tan sahaja.

“Ia akan digunakan kurang atau lebih dua tahun sementara menunggu pembinaan jambatan kekal menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM9 juta.

“Buat sementara ini, penduduk boleh menggunakan jambatan ini, sementara kerajaan negeri menunggu kelulusan peruntukan bagi membina jambatan baharu sepanjang 60 meter,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI