fbpx

Euro 2024: Southgate digesa panggil Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING terus tersisih dari skuad England apabila Southgate enggan memanggilnya untuk saingan kelayakan Euro kali ini. - AFP

LONDON – Legenda bola sepak England, Rio Ferdinand meluahkan kekecewaan kepada Jurulatih England, Gareth Southgate kerana tidak memanggil pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling bagi menghadapi aksi kelayakan Euro 2024.

Bekas pemain Manchester United itu menganggap Sterling layak untuk berada dalam skuad The Three Lions selepas dia menampilkan aksi cukup baik ketika membantu The Blues seri 4-4 menentang Manchester City Ahad lalu.

Ferdinand berkata, beliau terkejut dengan keputusan Southgate yang masih menyisihkan Sterling walaupun bekas pemain sayap Liverpool itu menjadi pemain penting buat The Blues musim ini.

“Tolong ‘bebaskan’ Raheem Sterling. Saya tidak tahu apa yang dia sudah lakukan sehingga dilayan sebegini rupa. Dia sepatutnya berada dalam skuad England untuk aksi kelayakan Euro 2024.

“Secara jujur, saya sangat terkejut apabila namanya terus disisihkan daripada skuad England. Saya tahu England memiliki ramai pemain berbakat, namun keputusan seperti ini sangat mengarut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan keputusan Southgate yang terus memanggil pemain tengah City, Kalvin Phillips meskipun dia tidak memiliki banyak minit permainan bersama The Citizens.

“Jika kita bercakap mengenai gol dan umpanan, dia (Sterling) lebih baik berbanding (Marcus) Rashford dan (Jack) Grealish. Mengapa Phillips masih dipanggil walaupun tidak bermain baik, tolong ‘bebaskan’ Sterling,” ujar Ferdinand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI