fbpx

EPL: Martin Odegaard alami gegaran kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD terkena bola pada mukanya pada sesi latihan Arsenal menyebabkan dia mengalami gegaran kepala. - AFP

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard terlepas tiga aksi menentang Newcastle United, Sevilla dan Burnley bukan disebabkan kecederaan pinggul, tetapi punca utamanya adalah kerana masalah gegaran kepala.

Odegaard, 24, pada mulanya sanggup turun beraksi menentang Newcastle walaupun dalam keadaan sakit sebelum namanya terpaksa digugurkan selepas mukanya terkena bola ketika sesi latihan di London Colney pada 4 November lalu.

Berdasarkan peraturan, mana-mana pemain yang mengalami rawatan gegaran kepala perlu direhatkan untuk tempoh enam hari dan kembali dibenarkan beraksi sekiranya tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kem The Gunners enggan mengambil risiko dan memberikan perancang tengah itu mempunyai lebih masa rehat sebelum dijangka kembali beraksi menentang Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan.

Disebabkan itu, Odegaard tidak tersenarai bersama Norway menghadapi menentang Kepulauan Faroe dan Scotland dalam dua aksi kelayakan Euro 2024 bulan ini.

Ketua jurulatih Norway, Stale Solbakken memahami situasi itu dan berharap bekas bintang Real Madrid tersebut kembali pulih secepat mungkin.

“Dia akan kembali bermain seperti biasa selepas ini. Apabila dia kembali berada pada tahap terbaik, dia akan membantu Norway dalam aksi-aksi antarabangsa selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI