fbpx

Kerajaan masih ‘shopping’ Ahli Parlimen pembangkang – Awang Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Solahuddin pada sidang akbar di Parlimen hari ini.

PETALING JAYA – “Kalau sudah ada dua pertiga (kerusi), kenapa ‘shopping’ (ahli) pembangkang lagi?”.

Demikian respons Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim ketika mengulas mengenai ‘kehilangan’ empat Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Punca ini semua (Ahli Parlimen pembangkang sokong Anwar) adalah kerajaan ‘shopping’. Patutnya kerajaan dah ada kedudukan yang kukuh, katanya melebihi 148 kerusi, sepatutnya tak perlu. Kenapa masih lagi berlaku perkara-perkara begini.

“Tak yakin kah? Mungkin akan jatuh bila-bila masa. Sebab itu dia mula ‘shopping’ (beli). Kalau kata dah ada 148 kerusi, sudahlah, mantapkan yang ada sahaja. Ini adalah penjelasan peribadi saya,” jelasnya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd. Azizi Abu Naim. (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) telah menyatakan sokongan terbuka terhadap Anwar dan menyokong pimpinan Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI