fbpx

‘Jangan bimbang, Nora stabil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas 10 hari menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara, Nora akhirnya dibenarkan pulang.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan.”

Demikian perkongsian pengurus kepada Datuk Nora Ariffin yang dikenali sebagai Jaja mengenai perkembangan terkini  penyanyi itu apabila dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya, Nora yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Kajang kini berada dalam keadaan stabil.

Bahkan katanya, suami Nora iaitu Dr. Rushdi Ramli memaklumkan keadaan penyanyi itu tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan. Dia juga dalam keadaan sedar.

“Mohon doakan agar Nora diberikan kesembuhan,” kongsinya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, pelantun lagu Hanya Satu itu dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.

Sejak semalam, tular tangkap layar perkongsian Rusdhi dalam Instagram memaklumkan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang akibat sesak nafas.

Menerusi perkongsian tersebut, Rushdi turut memohon orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI