fbpx

Anwar tekan isu Palestin, kukuh kerjasama ekonomi di Mesyuarat APEC ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, California, bagi mesyuarat APEC pertamanya sebagai ketua kerajaan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetengahkan isu Palestin disamping memperkukuh kerjasama ekonomi negara ketika menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco, hari ini.

“Alhamdulilah, selamat tiba di San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat APEC Ke-30.

“Dalam persidangan ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Facebook beliau.

Tambah Anwar, persidangan tersebut juga merupakan peluang terbaik negara untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai kedudukan ekonomi global semasa.

“Ruangan ini juga akan saya gunakan bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga Palestin saat ini.

“Selain itu, saya juga akan meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil untuk konflik ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga dijadual untuk menyampaikan pidato umum berjudul “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia” di Universiti California, Berkeley.

“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, pesawat yang membawa Anwar bagi mesyuarat APEC pertamanya sebagai ketua kerajaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, California, pada 9.37 malam (1.37 tengah hari waktu Malaysia Selasa, 14 November).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, selaku Pengerusi APEC untuk tahun ini, AS akan menjadi tuan rumah APEC Economic Leaders’ Meeting (AELM) buat kali ketiga, selepas tahun 1993 dan 2011 di Blake Islands dan Honolulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI