fbpx

Ribut petir, hujan lebat di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kedah akan berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Perak, antara kawasan yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Situasi sama turut diramalkan di Kelantan (Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin),” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Seluruh Wilayah Persekutuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal cuaca hujan lebat.

“Cuaca sama turut diramal di Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang),” katanya.

Ujarnya lagi, di Sabah antara kawasan terlibat dengan cuaca buruk adalah Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI