fbpx

Bakal isteri menipu bujang, cabut lari pada hari akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Nurul Aiman di Facebooknya semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan mendakwa ditipu oleh tunangnya apabila wanita itu bertindak menghilangkan diri pada hari sepatutnya mereka bernikah, 10 November lalu.

Menerusi perkongsian lelaki itu di Facebook, lebih menyakitkan hatinya ialah wanita yang disangka seorang gadis sunti itu sebenarnya adalah isteri orang dan telah mempunyai dua orang anak.

“Aku kenal dengan perempuan (tunang) ini sejak 2021. Dia selalu balik Kuching dan habiskan cuti dekat Kuching (rumah keluarga lelaki berkenaan).

“Kami bertunang pada 12 Oktober 2022 dan majlis pertunangan dibuat di Kuching sebab dia dan ayah dia yang minta, jadi kami menumpang majlis di rumah kakak ipar aku.

“Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia untuk aku tetapi jadi mimpi ngeri,” katanya.

Menurut lelaki asal Kuching, Sarawak itu, pada 9 November lalu, dia bersama rombongan telah bertolak pada awal pagi untuk ke Daro dan tiba di sebuah inap desa di sana sekitar pukul 5 petang.

“Pasa 9 November, rombongan kami dari Kuching berangkat pada pukul 6 pagi dan tiba di Daro sekitar pukul 5 petang dan kami terus pergi ke ‘homestay’ (inap desa) yang dah di tempah si bakal pengantin perempuan.

“Kemudian kami terkejut apabila pemilik rumah beritahu tak ada sebarang tempahan diterima untuk tarikh tersebut . Aku pun hubungi dia (tunang) berkali-kali tak diangkat. Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa juga bayar homestay guna duit sendiri.

“Waktu ini aku dah rasa lain macam, seperti ada yang tak kena, sebab dia cakap semua dah diurus tapi aku cuba positif lagi . Aku pun ambil masa berehat dan siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari,” kongsinya.

Kongsinya lagi, keesokan harinya mereka tiba di lokasi yang sepatutnya menjadi majlis akad nikah, malangnya tempat itu ‘kosong’ dan tiada kelibat tunangnya dan keluarga.

“10 November pagi, kami bergerak ke alamat yang diberi dengan rombongan berserta barang hantaran . Sampai be kat sana dah rasa pelik sebab persiapan majlis langsung tak ada . Aku cuba hubungi lagi bakal pengantin perempuan dengan ayahnya, dua-dua tak boleh dihubungi.

“Kami buat keputusan nak pergi rumah jiran sebelah itu, rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kami beritahu tujuan dan tanya tentang pengantin perempuan.

“Bertambah geram dan terkejut bila mereka maklumkan nama sebenar dia (tunang). Lagi parah perempuan itu dah berkahwin anak dua. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ini sebab tak jujur dari awal,” luahnya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga berharap agar kisahnya menjadi pengajaran dan iktibar buat orang lain supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI