fbpx

Rishi Sunak pecat Setiausaha Dalam Negeri Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rishi Sunk dan Suella Braverman. - Kerajaan UK/ Wikimedia

LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman kerana menuduh polis terlalu berlembut dengan penunjuk perasaan pro-Palestin. 

Portal berita The Palestine Chronicle melaporkan, kerajaan Britain dalam satu kenyataan berkata, Braverman telah melepaskan jawatannya sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet.

Bagaimanapun, Sunak berada di bawah tekanan untuk memecat Beverman kerana mencetuskan kemarahan dengan menuduh polis ‘berat sebelah’ dalam menangani penunjuk perasaan dan lebih bertoleransi kepada penunjuk perasaan pro-Palestin berbanding aktivis sayap kanan.

“Pengganas diperkasakan, Israel difitnah sebagai Nazi dan orang Yahudi diancam dengan pembunuhan beramai-ramai sekali lagi,” tulis Beverman dalam artikel yang diterbitkan akhbar The Times of London pada 9 November lalu.

Pada Sabtu lalu, ratusan ribu orang, dengan sesetengah pihak menyatakan angka mereka melepasi sejuta penunjuk perasaan, berarak melalui pusat London menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Penunjuk perasaan membantah pembunuhan beramai-ramai tentera Israel ke atas orang awam di Semenanjung Gaza dan menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan.

Braverman juga sebelum ini berulang kali mengancam untuk mengklasifikasikan perbuatan mengibarkan bendera Palestin atau melaungkan kebebasan Palestin sebagai satu  jenayah.

Braverman digantikan oleh Setiausaha Luar, James Cleverly manakala  jawatan lamanya dipikul oleh bekas Perdana Menteri, David Cameron. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI