fbpx

Guru lelaki cabul ketika mandikan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mancha (tengah) bercakap sidang akhbar di IPK Sarawak, hari ini. Turut kelihatan Ibrahim (kiri) dan Wong (tiga kanan). 

KUCHING – Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di daerah Padawan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, penahanan suspek berusia 40 tahun itu dibuat susulan laporan yang diterima daripada penjaga kedua-dua mangsa pada 12 November lalu, yang mendakwa mereka dicabul oleh suspek.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, ketika kedua-dua mangsa demam, suspek yang juga warden asrama pelajar lelaki di sekolah tersebut dipercayai membawa mereka ke kuartersnya.

“Semasa di kuarters suspek, mangsa telah disentuh secara seksual semasa dimandikan dan semasa sedang berehat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Mancha menambah suspek telah direman selama dua hari selepas ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKTA 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI