fbpx

Propaganda Kerajaan Perpaduan tumbang November terbukti tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat dua kemungkinan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemungkinan pertama kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan Anwar dan kedua kerana propaganda Kerajaan Perpaduan akan tumbang tidak betul.

“Keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang telah mewujudkan kestabilan politik, berusaha keras memulihkan ekonomi, menjamin kebajikan dan keadilan sosial kepada rakyat.

“Boleh jadi juga mereka berasa propaganda kerajaan ini akan jatuh pada bulan Ogos seperti yag diwar-warkan sebelum Pilihan Raya Negeri.. sekarang sudah bulan November. Mereka rasa tak boleh jadi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution menerangkan, undang-undang Malaysia tidak menyebut tentang peruntukan Ahli Parlimen seperti yang kerap disebut oleh beberapa pihak.

Jelas beliau, undang-undang hanya menyebut tentang peruntukan Perdana Menteri diagihkan di kawasan-kawasan Parlimen melalui Ahli Parlimen.

“Pendirian Tambun (Anwar) adalah mulakan perbincangan. Kami dulu semasa di sebelah sana (pembangkang) berbincang dan Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri ketika itu menimbangkan bahawa peruntukan PM akan disalurkan.

“Ada tertib, prosesnya. bincang. Itu saja. Ini berkali-kali Tambun sebut. Jadi isunya ialah kesediaan kerajaan membuka ruang kepada perbincangan. Kenapa mesti hendak `prolong’ perkara ini,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sebelum itu berdiri memaklumkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI