fbpx

Sebagai bapa, saya ada hak bersama Ameena – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZI ALI berkata, sebagai bapa dia juga mempunyai hak untuk bersama dengan anaknya, Ameena.

PETALING JAYA – Selepas meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi, penyampai radio Fizi Ali didesak netizen agar membiarkan Ameena Sofia dijaga bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Saranan supaya memberi tumpuan kepada anak tiri sahaja membuatkan pemilik nama Mohd. Hafizudin Alimudin itu marah selain menegaskan dia juga mempunyai hak sebagai bapa walaupun sudah membina kehidupan baharu.

“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.

“Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti,” katanya membalas komen netizen menerusi Instagram
Story.

Fizi, 34, turut meminta individu atau mana-mana pihak tidak melontarkan pandangan membabi buta.

Katanya, perkara yang disebut mereka kadang kala tidak masuk akal apabila lari daripada fakta selain seakan-akan mengenepikan hukum hakam agama.

“Tolonglah, sebelum bercakap kena banyak membaca dan ambil tahu fakta. Kadang korang cakap ada melanggar fakta, itu yang menyedihkan.

“Saya pun tak bagus dalam agama, tapi apa yang asas insya-Allah saya ambil tahu,” luahnya.

Sementara itu, Fizi turut berkongsi paparan tangkap layar komen tanpa rasa empati seorang pemilik akaun Instagram yang menggesa dirinya menunggu kelahiran zuriat bersama isteri baharu, Siti Zulaikha.

“Dah ada anak tiri. Fizi layan dan bagi kasih sayang dekat anak tiri. Buat anak baharu. Biar Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan.

“Bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayang dan bertanggungjawab dengan anak dia. Hidup saja dengan aman. Dunia ini tak lama pun. Asalkan nafkah anak itu jangan lupa. Berbahagialah,” tulis netizen terbabit.

Fizi dan Shakilla yang bercerai pada Disember 2021 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga sebelum ini mengakui mengambil giliran menjaga anak tunggal mereka.

Dia bertemu jodoh kali kedua dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI