fbpx

Syabas Armada bekerja sampai tengah malam buat laporan polis – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis mengucapkan syabas kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia berikutan tindakan Armada Bersatu membuat laporan polis malam tadi berhubung dakwaan wujud unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri.

“Saya ucap syabas (Ahli Parlimen) Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam untuk buat laporan polis. Hakikat polis menerima aduan menunjukkan polis profesional. Tiada masalah, tiada beza. Saya ulangi kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis (buat siasatan).

“Seksyen berapa? Saya bantu Machang bila buat (laporan SPRM) nanti `quotes’ terus Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM. Bila lapor nanti berikan semua apa yang disebut sebagai bukti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) membidas Saifuddin Nasution kerana menyatakan tiada sebarang aduan diterima pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

Kata beliau, satu laporan polis telah dibuat oleh Armada Bersatu berkenaan perkara tersebut tengah malam semalam dan pihaknya akan turut membuat laporan SPRM selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI