fbpx

[VIDEO] Pekan Gerik, beberapa kampung dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Ulu Kenderong antara yang terlibat dengan banjir di Gerik semalam. - Foto JPBN PERAK

GERIK – Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kira-kira pukul 6.25 petang semalam ekoran hujan yang berterusan selama lebih tiga jam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak memaklumkan, kawasan yang terlibat termasuklah pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.

“Pada pukul 6.25 petang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak telah menerima maklumat dari orang awam mengenai banjir yang berlaku di pekan Gerik.

“Seorang pegawai dan tiga anggota Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Hulu Perak telah bergerak menuju ke lokasi bagi memantau dan membuat penilaian risiko di kawasan banjir,” katanya semalam.

Menurutnya, pasukan pemantau mendapati beberapa buah rumah kedai yang telah dinaiki air, manakala dianggarkan empat buah rumah kedai turut terlibat banjir kilat tersebut.

Ujarnya, pasukan pemantau seterusnya menuju ke Kampung Tanjung Kala untuk membuat pemantaun dan penilaian risiko banjir.

“Terdapat 12 buah rumah yang dinaiki air di kampung berkenaan. Di Kampung Ulu Kenderong pula, sebanyak 13 buah rumah yang terlibat dengan banjir berkenaan.

“APM Hulu Perak akan mengemas kini laporan dari semasa ke semasa,” katanya yang turut memaklumkan, seramai 24 orang mangsa dari lapan buah keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI