fbpx

Bajet kurang RM1,000 untuk belanja hari raya tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa membuat perancangan awal untuk membahagikan perbelanjaan hari raya dan sesi persekolahan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertembu­ngan persiapan untuk menyambut Aidilfitri dan juga pembukaan penggal persekolahan tahun 2024 telah memaksa masyarakat membuat perbelanjaan yang ketat dan bakal menyambut hari raya mengikut kemampuan ma­sing-masing berkonsepkan ‘apa yang ada’ sahaja.

Malah, ada juga yang memperuntukkan perbelanjaan di bawah RM1,000 untuk membeli keperluan hari raya tahun depan, demikian menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding penjenamaan dan penerbitan kandungan strategik korporat yang memberi tumpuan terhadap strategi penceritaan lestari, Modachi Sdn. Bhd. (Modachi).

Kaji selidik itu telah dilaksanakan secara online dan melibatkan hampir 400 responden di seluruh negara yang mana purata umur mereka adalah antara 25 hingga 50 tahun.

Pengurus Kandungan Strategik Modachi, Siti Mariam Elias berkata, berdasarkan kajian tersebut, lebih 51 peratus ­responden memaklumkan, bahawa mereka akan membuat persiapan membeli-belah lebih awal dan platform online menjadi pilihan utama mereka untuk mendapatkan barangan lebih mudah daripada pembelian di outlet fizikal secara offline.

“Responden menyatakan sumber perbelanjaan mereka akan banyak ditentukan oleh jumlah simpanan yang dibuat secara berkala, manakala 25.6 peratus mahu menggunakan bonus dan dividen yang bakal diperoleh akhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Selain itu, responden kaji selidik itu mendapati hampir dua per tiga (60.4 peratus) menyatakan mereka lebih selesa membuat pembayaran untuk pembe­lian online menggunakan kaedah pemindahan bank berbanding kad kredit atau kad debit.

Mengulas mengenai strategi perniagaan apakah yang mungkin boleh dilaksanakan oleh usahawan, Siti Mariam berharap agar pengguna lebih berhati-hati dan kebanyakannya akan memburu jualan harga murah.

“Saya menasihatkan usahawan dalam industri fesyen dan makanan untuk menyuai padan strategi kepada ‘pratempah.’ Melalui strategi ini, stok akan dapat dirancang dengan lebih baik dan aliran tunai akan menjadi lebih lancar,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI