fbpx

Kerja hilang, anak masih di NICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria dan Suliza menunjukkan gambar Cahaya Nur Jannah yang masih berada di Hospital Kajang ketika ditemui di Taman Gunung Mas, Tampin baru-baru ini.

TAMPIN – Sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai untuk membantu mereka mencari dana pembedahan jantung untuk anak bongsu mereka yang kini berada di unit rawatan rapi neonatal sejak dilahirkan pada 30 Julai lalu.

Zakaria Hassan, 37, berkata, dia dan isteri, Suliza Ithnin, 33, tidak mempunyai cukup wang memandangkan mereka perlu berulang dua hingga tiga kali seminggu dari Tampin ke Hospital Kajang bagi melihat perkembangan anak bongsu, Cahaya Nur Jannah Zakaria, tiga bulan.

Katanya, Cahaya Nur Jannah dilahirkan pramatang ketika usia kandungan isterinya masuk ke minggu 27 dengan berat 700 gram.

“Kini kami sedang menunggu masa untuk Cahaya Nur Jannah menjalani pembedahan disebabkan jantungnya berlubang dan bengkak.

“Pihak hospital memberitahu mereka akan menanggung separuh perbelanjaan pembedahan. Pihak Baitulmal sudah memberi sumbangan RM1,000, namun kos sebenar masih belum diketahui,” katanya ketika ditemui di Taman Gunung Mas di sini baru-baru ini.

Menurut Zakaria, dia berharap pembedahan itu berjalan lancar dan Cahaya Nur Jannah dapat dibawa pulang kerana masih ditempatkan di Hospital Kajang kerana jantungnya yang masih lemah.

Tambahnya, mereka masih belum dapat memilih nama sebenar untuk anak bongsunya itu dan Cahaya Nur Jannah diambil selepas melihat semangat dan kesungguhan anak pramatang­nya untuk hidup walaupun sudah tiga kali berhadapan dengan keadaan kritikal.

“Cahaya syurga, kami pi­lih nama itu sebab semangatnya. Malah, saya dan isteri juga reda dengan ujian ini walaupun kehidupan kami boleh dikatakan berubah 100 peratus.

Ujar Zakaria, dia telah diberhentikan kerja sebagai buruh di sebuah syarikat utiliti kerana sering mengambil cuti bagi me­nguruskan anaknya.

“Lagipun syarikat tidak peroleh ba­nyak projek. Sewa rumah pun sudah tertangguh tiga bulan tetapi mujur pemilik­nya memahami dugaan kewa­ngan kami ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Suliza berkata, keluarga mereka banyak dibantu oleh keluarga dan masyarakat sekeliling sepanjang tempoh sukar itu.

“Anak sulung berusia enam tahun. Saya ambil upah menjahit baju ada la dapat dalam RM100 ke RM200 sebulan, manakala suami melakukan kerja kampung dan tidak dapat hendak bekerja tetap kerana masalah itu,” katanya.

Menurut Zuliza, anaknya itu buat masa ini tidak dapat dipindahkan ke hospital yang lebih dekat dengan kediaman mereka kerana tiada mesin ventilator bayi yang kosong.

Individu yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Zakaria di 151388175255.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI