PETALINF JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan pelaksanaan ujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 14 November ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, pengujian SAATNM itu akan melibatkan dua kawasan di Kedah.
“Kawasan pertama adalah Telaga Harbour Park, Langkawi, Kedah. Pengujian ini bakal bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.
“Kedua adalah kawasan Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Ujian tersebut akan bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang,” kata MetMalaysia.
Menurut MetMalaysia, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE