fbpx

Lebanon rampas 800 kilogram dadah menuju Kuwait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan rampasan pil captagon di Beirut, tahun lalu. - Foto AFP

BEIRUT  – Lebanon merampas lebih setengah tan dadah yang cuba diseludup ke Kuwait, kata pihak berkuasa semalam ketika Beirut berusaha memerangi pengedaran narkotik khususnya ke negara-negara Teluk, lapor portal berita Arab News.

Pihak berkuasa merampas kira-kira 800 kilogram dadah yang cuba diseludup ke Kuwait melalui Belanda, kata pejabat Menteri Dalam Negeri Lebanon dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi NNA.

Dadah itu disembunyikan dalam  peralatan kayu di dalam kotak kalis peluru, kata kenyataan sama tanpa mendedahkan jenis narkotik yang dirampas.

Seorang suspek operasi penyeludupan itu telah ditahan, tambah kenyataan tersebut.

Tindakan itu dibuat sebagai sebahagian daripada kerjasama keselamatan intensif berterusan antara Kementerian Dalam Negeri Kuwait dan Lebanon.

Pihak berkuasa Lebanon meningkatkan usaha untuk memerangi pengeluaran dan perdagangan  dadah jenis  captagon susulan bantahan negara-negara Teluk.

Kebanyakan pil captagon Asia Barat dihasilkan di Syria dan Lebanon. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI