fbpx

Penduduk kerumun ‘lembaga’ atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki itu memanjat ke atas bumbung rumah dan bersembunyi sehingga polis tiba. – Detik

JAKARTA – Seorang remaja di Bogor, wilayah Jawa Barat dikepung orang ramai kerana disangka pencuri yang memanjat bumbung rumah, lapor laman berita Detik semalam.

Selepas disiasat, remaja berusia 15 tahun itu mengaku  dia sebenarnya mengintai rakan baiknya yang disukai sejak zaman kanak-kanak.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Klapanunggal, Iptu Zalukhu, remaja lelaki itu pergi menemui rakan perempuannya tersebut di rumah, namun dia tidak dihiraukan.

“Si gadis enggan membuka pintu rumah (kerana sudah malam), namun remaja itu tetap menunggu di luar.

“Dia kemudian mengintai gadis berkenaan sebelum perbuatan itu disedari ibu bapa gadis tersebut,” kata Zalukhu.

Disebabkan panik dikejar penduduk yang memanggilnya pencuri, remaja lelaki itu memanjat ke atas bumbung rumah dan bersembunyi sehingga polis tiba.

“Justeru, dia memanjat bumbung bukan kerana mahu mencuri. Sebaliknya, ditangkap ketika sedang mengintip, lalu melarikan diri dan memanjat ke atas bumbung rumah,” jelas Zalukhu.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat berkerumun di kawasan sekitar  rumah sambil meminta remaja itu turun.

Polis melepaskan tembakan amaran ke udara sejurus tiba bagi mendesak remaja itu untuk turun sebelum menahannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI