fbpx

Hrithik Roshan penat jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HRITHIK ROSHAN

TERJUN ke arena lakonan seawal usia enam tahun, bintang Bollywood, Hrithik Roshan sudah merasai gemerlapan dunia kemasyhuran. Sejak kecil hinggalah dewasa, dia hidup dikelilingi lensa kamera.

Dilahirkan dalam keluarga seni apatah lagi ayahnya Rakesh Roshan merupakan pelakon, pengarah dan penerbit popular, paparazi bukan asing kepadanya.

Meningkat dewasa, pelakon berusia 49 tahun itu menegaskan penat dipanggil bintang, dia sebaliknya selesa hanya menjadi pelakon merujuk kepada kerjayanya.

Aktor Kol…Mil Gaya itu menganggap gelaran selebriti adalah satu tanggungjawab besar yang melelahkan.

“Bintang adalah tanggung jawab, saya sangat berterima kasih untuk itu, jangan salah faham kerana ini adalah sesuatu yang saya hargai tetapi ‘hadiah’ ini bawa beban.

“Saya suka berlakon dan menggalas amanah membawakan pelbagai watak, cuma kurang selesa apabila terlampau diberikan harapan sebagai bintang.

Sebenarnya perasaan sebegini tidak sihat dalam banyak hal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI