fbpx

Pasangan lampias nafsu, berbogel dalam surau plaza tol dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAH HUI (kiri) dan Win Yin ketika dibawa ke Mahkamah Majestrit Batu Pahat hari ini

BATU PAHAT – Seorang penjaga kebun dan teman wanitanya dijatuhi hukuman penjara masing-masing enam dan lima bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berbogel di sebuah surau plaza tol di Yong Peng, Rabu lalu.

Tertuduh, Lok Kah Hui, 25, dan Yap Win Yin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, Kah Hui bekerja sebagai penjaga kebun durian manakala Win Yin, pekerja kedai makanan haiwan didakwa berbogel sesama sendiri di surau lelaki Plaza Tol Yong Peng pada 8.15 pagi, 8 November lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala Kah Hui diwakili Tan Song Yan.

Win Yin pula diwakili Kamarul Arifin Nordin, dengan kedua-duanya daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kesalahan serius dilakukan kedua-dua tertuduh.

“Walaupun, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain,” katanya.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Kah Hui manakala Win Yin pula selama lima bulan.

Mahkamah juga memutuskan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap 8 November lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI