fbpx

MotoGP: Masalah jentera kecewakan Jorge Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN akur menamatkan saingan di kedudukan keempat di belakang Bagnaia selepas jenteranya berdepan masalah kestabilan pada bahagian hadapan.

SEPANG – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui kecewa apabila gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan podium pada Grand Prix (GP) Malaysia kelmarin dan menganggap dua baki terakhir perlumbaan cukup getir buatnya.

Martin yang sedang mengejar untuk merampas gelaran dunia dari Francesco Bagnaia (Ducati) tersebut mengakui dia telah melakukan sehabis baik selepas bergelut dengan masalah pada bahagian hadapan jenteranya.

Disebabkan masalah itu, Martin mengambil langkah berhati-hati dan terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan tempat keempat di belakang seteru utamanya, Bagnaia.

“Anda tahu saya agak kecewa dengan keputusan hari ini di Sepang, tetapi itulah yang boleh saya lakukan. Jadi, mari kita tetapkan semula untuk bangkit menjelang perlumbaan di Qatar nanti.

“Saya yakin pada awal perlumbaan, tetapi tiba-tiba saya mula hilangan kawalan bahagian depan dan berdepan banyak risiko ketika mengambil selekoh kanan.

“Jadi, saya terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan tempat keempat. Saya akui ia bukan apa yang saya jangkakan kerana saya mahu bertarung untuk podium atau muncul juara,” kata Martin.

Menjelang saingan di Qatar nanti, Martin berharap pasukannya itu dapat melihat semula kelemahan yang mereka kesan di Sepang agar masalah tersebut tidak timbul sekali lagi.

“Masalah tersebut berlaku selepas enam pusingan perlumbaan. Bagi saya keadaan tersebut amat pelik dan saya hampir terjatuh. Kami perlu memahami perkara baharu, terutama pada tayar,” ujarnya.

Bagnaia ketika ini terus mendahului carta kejuaraan dunia dengan mengumpul 412 mata, memiliki kelebihan 14 mata ke atas Martin yang mengekori rapat di kedudukan kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI