PETALING JAYA – Seorang budak berusia dua tahun mencuri perhatian ramai apabila bijak menyanyikan lagu Lemak Manis hingga membuatkan hadirin sebuah majlis terhibur.
Rakaman video itu dikongsi di aplikasi TikTok memaparkan kanak-kanak itu kelihatan sangat teruja dan tidak berasa gentar dengan kehadiran tetamu dalam majlis tersebut.
Kanak-kanak itu memulakan nyanyiannya dengan baik, malah bijak mengikut melodi lagu tersebut.
Rata-rata ahli keluarga dan saudara mara yang hadir turut terhibur dengan persembahan nyanyian kanak-kanak itu.
Melihat ke ruangan komen, orang ramai melahirkan rasa kagum terhadap kebolehan nyanyian kanak-kanak comel itu.
“Usia baru 2 tahun dah pandai menyanyi lagu ini, hebatnya adik,” komen Tiya.
“Pandai sangat. Ini mesti masa dalam perut mak dia selalu layan lagu ini masa mengemas rumah,” tambah Kechik.
Video berkenaan sudah tular dan menerima sebanyak 2.5 juta tontonan dan 159,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE.