fbpx

5 askar AS maut pesawat terhempas di Laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat F/A-18E Super Hornet dilancarkan dari dek penerbangan kapal USS Gerald R. Ford pada 15 Oktober lalu selepas ia dikerah ke Laut Mediterranean. – AFP

WASHINGTON – Lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di timur Laut Mediterranean semasa menjalani sesi latihan Jumaat lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Markas Perintah Eropah Amerika Syarikat (Eucom) berkata, pesawat tentera itu terhempas ketika menjalani misi mengisi bahan api di udara sekali gus membunuh semua anggota.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dimulakan termasuk menggunakan pesawat dan kapal tentera AS yang berada berdekatan,” kata pegawai sambil menambah, tiada petunjuk bagi sebarang aktiviti permusuhan terlibat.

Tidak dinyatakan dengan jelas berhubung cabang tentera pesawat itu, manakala nama mangsa-mangsa yang terlibat masih dirahsiakan kerana menunggu pemberitahuan keluarga.

Tentera Udara AS telah menghantar skuadron tambahan ke Laut Mediterranean, di mana kapal pengangkut pesawat, USS Gerald R. Ford juga turut dikerahkan bulan lalu.

Ia bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada cuba meningkatkan keadaan atau menjadikan perang Israel-Hamas di Gaza merebak ke seluruh rantau tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI