fbpx

Siti Nordiana kurang menjadi bawa watak ‘nakal’ Britney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana ketika menyanyikan lagu Baby One More Time di pentas GV All Stars malam ini.

Siti Nordiana kurang menjadi bawa watak ‘nakal’ Britney

PETALING JAYA – Walaupun dikatakan tidak pernah menyanyikan lagu Inggeris, namun Siti Nordiana dilihat berjaya membawakan lagu Baby One More Time nyanyian Britney Spears di pentas Gegar Vaganza (GV) All Stars malam ini.

Walau dilihat sedikit ‘sopan’ jika dibandingkan dengan penyanyi asal, Baby One More Time versi Siti Nordiana atau Nana tetap menjadi.

Juri rancangan tersebut, Datuk Syafinaz Selamat turut memuji persembahan Nana pada malam ini dan menyifatkan keseluruhan lagu tersebut berjaya dibawa oleh penyanyi berasal dari Negeri Sembilan itu.

Namun, jelas Syafinaz, Baby One More Time versi Siti Nordiana kurang kenakalannya jika dibandingkan dengan nyanyian asal Britney Spears.

Meninjau di ruangan laman sosial pula, rata-rata peminat GV meluahkan rasa puas hati selepas melihat persembahan terakhir daripada Siti Nordiana itu dan ramai memuji naynyian tersebut.

“Walaupun orang kata Nana tidak mahir berbahasa Inggeris, bagi aku dia bawa lagu ini menjadi, tahniah Nana,” kata Nor Azrin.

“Hebat Nana, walaupun tak senakal penyanyi asal, tapi ini versi Melayu punya. Harap Nana sampai ke pentas akhir nanti,” jelas Nor Azmira Mex G. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI