fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa tujuh negeri hingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk berlaku di tujuh negeri dan dijangka berlanjutan sehingga pukul 9 malam nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi melanda negeri di Semenanjung termasuk Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, keadaan sama turut tertumpu di kawasan pedalaman Kelantan.

“Di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di sekitar Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah cuaca buruk yang sama melibatkan Pedalaman, Wilayah Persekutuan Labuan, Pantai Barat dan Tawau,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI