KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel kimpalan yang tidak beroperasi di Taman Wahyu 1, Jalan Sibu, di sini, dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.43 tengah hari.
Menurut Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, seramai 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Gombak Selatan dan BBP Sri Hartamas.
“Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan dua unit bengkel welding terbakar 80 peratus, satu pejabat dan dewan terbakar lima peratus.
“Operasi pemadaman dilakukan secara Offensive dan Defensive oleh anggota di lokasi dengan melakukan penyekatan dari merebak ke bangunan berhampiran,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.19 perang dan padam sepenuhnya pada pukul 3.27 petang.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.