fbpx

[VIDEO] Bot rosak enjin rempuh jeti, dua kapal layar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden memaparkan sebuah bot barter trade merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, hari ini.

KLANG – Enjin rosak menjadi punca sebuah bot barter trade merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi itu mengakibatkan dua buah kapal layar yang berlabuh di lokasi tersebut, rosak akibat diseret bot barter berkenaan. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 17 dan 34 saat.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, siasatan awal mendapati bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia itu dinaiki 15 kru warga Indonesia.

Katanya, bot berkenaan bagaimanapun mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba selepas keluar dari Jeti Asa Niaga.

“Kerosakan itu kemudian mengakibatkan bot barter itu hilang kawalan lalu merempuh jeti dan dua kapal layar di kawasan tersebut. Namun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan bot berkenaan berjaya dibawa ke Jeti Fulsail,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Sharenliza, pihaknya yang sedang melakukan rondaan rutin di negeri ini kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dengan pemeriksaan mendapati situasi dalam keadaan terkawal dan semua kru bot terselamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI