fbpx

Rumah busuk dipenuhi air najis lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL ISKANDAR memangku Muhammad Adam Danish yang berusia tiga bulan PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai kelmarin. – WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – “Air dari kandang lembu masuk ke bilik tidur menyebabkan satu rumah berbau.”
Itu luahan seorang mangsa banjir, Nor Anis Dayana Saad, 25, selepas rumahnya di Changkat Lobak dekat sini dinaiki air baru-baru ini.

Dia kini menghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Changkat Lobak sejak 25 Oktober lalu berkata, air banjir yang datang dari arah kandang lembu masuk ke dalam rumah sekitar pukul 2 pagi.

“Selepas subuh paras air semakin meningkat menyebabkan kami sekeluarga tiada pilihan selain terpaksa berpindah ke PPS ini.

“Saya sekeluarga termasuk anak, Muhammad Adam Danish Sulaiman berusia tiga bulan dinasihatkan untuk berpindah ke PPS Changkat Lobak,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Terdahulu, dia menerima kunjungan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin di PPS berkenaan.

Menurutnya, kejadian ini merupakan kali pertama tahun ini dia bersama 13 ahli keluarga yang lain terpaksa mendiami di PPS tersebut.

“Masuk hari ini dah 17 hari kami menetap di sini. Rasa sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah, tetapi apakan daya kerana keadaan cuaca yang masih tidak menentu dan air banjir masih lagi bertakung di pekarangan rumah,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika ditemui berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada setiap keluarga di Perak yang terkesan dengan musibah banjir dengan jumlah peruntukan sebanyak RM77,500.

“Perdana Menteri turut mengarahkan jumlah bantuan tunai kepada mangsa banjir diselaraskan mengikut tahap kerosakan. Kerajaan tidak akan mengabaikan mangsa banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI