fbpx

Konflik Palestin-Israel: Anwar jumpa Raja Jordan mahu perang Gaza dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) bersama Raja Abdullah II

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II bagi membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu.

Anwar melalui hantaran di Facebooknya berkata, pertemuan yang diadakan sewaktu di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu antara lain turut membincangkan mengenai keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin.

“Sewaktu di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), saya sempat mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II dalam suasana penuh santai dan harmoni.

“Pertemuan itu antara lain membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu.” jelasnya.

Pertemuan itu juga jelas Anwar turut membuka peluang antara kerjasama dua negara selain perbincangan mengenai lawatan tertinggi yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

“Pertemuan ini membibitkan lagi peluang kerjasama dua hala Malaysia-Jordan selain lawatan peringkat tertinggi kedua-dua negara pada 2024 dan kerjasama sektor swasta khususnya teknologi drone dan kerjasama ketenteraan,” jelas Anwar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI