fbpx

Emma Watson ketagih belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA WATSON

PELAKON Emma Watson boleh dikatakan sebagai antara selebriti Hollywood yang masuk kategori pintar.

Pelakon yang kini sedang menyambung pelajaran dalam jurusan Penulisan Kreatif di Universiti Oxford, England itu, baru-baru ini mendedahkan ketagihan pelik yang dimilikinya.

Watson mengakui amat ketagih untuk menyambung pelajaran, walaupun dia telah memiliki beberapa ijazah dari beberapa buah universiti dalam jurusan berbeza.

“Saya ketagih belajar. Selepas menamatkan pengajian, saya tidak tenang dan akan menyambung pelajaran dalam jurusan berbeza,” ujarnya yang sebelum ini pernah menamatkan pengajian di Brown University, Rhode Island, Amerika Syarikat.

Biarpun penat, pelakon berusia 33 tahun itu gembira dapat kembali ke dewan kuliah dan mengikuti pengajian sama seperti pelajar universiti yang lain.

“Belajar membuatkan saya lebih tenang. Walaupun penat, namun saya gembira dengan menimba ilmu,” ungkap pelakon yang terkenal dengan francais, Harry Potter itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI