fbpx

Anwar adakan mesyuarat dua hala bersama pemimpin Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar perkongsian Anwar bersama Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakr yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakr di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menurut hantaran beliau di laman Facebook, mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin yang dihadiri oleh kedua-dua pemimpin.

“Mesyuarat ini antara lain diharap dapat meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan.

“Sayugia, saya turut berharap hubungan mesra dan persaudaraan antara kedua-dua negara akan terus berkembang,” katanya dalam hantaran sama.

Turut hadir pada mesyuarat dua hala itu Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI