fbpx

Nelayan ditemui selamat selepas hanyut ke perairan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dijumpai selamat di perairan Brunei, hari ini.

MIRI – Seorang nelayan selamat selepas perahunya yang kehabisan minyak dihanyutkan sehingga ke perairan Brunei Darussalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata Baji Berinau, 46, ditemui kira-kira pukul 10.24 pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak semalam.

“Mangsa dijumpai di kawasan perairan Stutong, Brunei selepas botnya kehabisan minyak dan dihanyutkan ke perairan negara jiran sebelum dijumpai oleh seorang nelayan Brunei.

“Mangsa kemudian meminta bantuan daripada nelayan negara jiran terbabit untuk mengisi minyak,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Jeti Sri Bima, Marina Bay di sini untuk diserahkan kepada pihak Maritim.

Terdahulu, Jugah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa kira-kira pukul 2.30 petang semalam, selepas adiknya membuat laporan di Balai Polis Lutong.

Katanya berdasarkan laporan adik mangsa, abangnya keluar ke laut seorang diri kira-kira pukul 4 pagi semalam menggunakan perahu untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun sehingga pukul 2 petang, mangsa belum balik sedangkan kebiasaannya dia balik menangkap ikan sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI