fbpx

Seorang mangsa runtuhan resort Pulau Perhentian meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Bahul Jamil sewaktu menerima rawatan awal sebaik tiba di Jeti Kuala Besut pada Khamis lalu.

BESUT – Salah seorang mangsa runtuhan tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pantai Alunan, Pulau Perhentian di sini Khamis lalu meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Bahul Jamil, 42, menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada pukul 2.14 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superindentan Abdul Rozak Mohamad berkata, buruh binaan warga Indonesia itu meninggal dunia akibat rhabdomyolysis atau kebocoran protein otot akibat kecederaan serius.

“Sebelum ini, mangsa yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan tapak pembinaan itu pada Khamis lalu telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut di sini.

“Dia kemudiannya telah dipindahkan ke HUSM berikutan keadaannya yang agak parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, Bahul Jamil merupakan mangsa kedua insiden tersebut yang meninggal dunia.

Beliau berkata, sebelum ini, seorang lagi buruh binaan warga Indonesia dikenali Suparno, 48, disahkan meninggal dunia setelah mayatnya berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada kelmarin.

Kosmo! kelmarin melaporkan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh pada pukul 4.30 pagi semalam.

Runtuhan itu menimbus tujuh buruh binaan iaitu enam warga asing dan seorang tempatan yang ketika itu sedang tidur nyenyak di tapak pembinaan hampir siap berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI