fbpx

TFC II layak untuk julang Piala MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan TFC II berjaya lakar kejutan benam JDT II pada aksi final Piala MFL malam tadi. - Foto ihsan MFL

KUALA LUMPUR – Pasukan feeder, Terengganu FC II (TFC II) membuktikan mereka ‘raja pembangunan’ bola sepak Malaysia apabila menjulang trofi Piala MFL dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di pentas final malam tadi.

Ketua jurulatih TFC II, Hairuddin Omar mengakui kemenangan yang diraih boleh dianggap sebagai bonus buat pasukan kerana objektif utama adalah untuk membentuk barisan pemain agar bersedia diserap ke skuad Liga Super.

“Namun, pujian wajar diberikan kepada pemain kerana berjaya ikut strategi yang dirancang.

“Ini adalah bonus buat pasukan kerana objektif sebenar adalah untuk memastikan pemain bersedia untuk diserapkan dalam skuad Liga Super,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Sementara itu, pengendali JDT II, Mariano Echeverria enggan menyalahkan pemain pertahanan, Aysar Hadi kerana kerana melakukan kesilapan dengan membuka ruang buat Muhd. Isa Raman meledak gol tunggal perlawanan.

“Persembahan yang ditunjukkan pemain sepanjang kejohanan cukup positif dan beberapa pemain dilihat agak konsisten. Sudah tentu kami mahu menang tetapi bukan rezeki pasukan untuk final kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI