fbpx

Perhimpunan Agung Bersatu secara maya Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Perhimpunan Agong Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) 2020 akan dilaksanakan secara maya melalui sidang video pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara tersebut diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

“Persidangan atas talian itu akan disertai oleh para perwakilan PAT seluruh negara di lokasi ditetapkan termasuk Sabah dan Sarawak.

“Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, PAT kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, mesyuarat MPT turut memutuskan bagi mengangkat cadangan meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu Bersatu ke PAT 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI