fbpx

Helmi Azman akui perlumbaan Moto2 mencabar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELMI Azman sewaktu bersaing pada Grand Prix Malaysia tahun lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SEPANG – Ini bukan level Cubprix atau ARRC, demikian tegas pelumba wildcard negara, Helmi Azman selepas turun beraksi buat kali pertama bersama pelumba terbaik dunia dalam kelas Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia.

Pada hari pertama sesi latihan bebas pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, Helmi yang menamatkan saingan tempat ke-32 itu mengakui dia belum berpuas hati dengan catatan masa yang diperolehinya kerana dia merekodkan masa lebih baik dalam jentera di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC). 

Justeru, Helmi yang bersaing bersama pasukan Petronas MIE Racing RW itu tekad untuk memperbaiki tunggangan terbaiknya bagi mendapatkan catatan masa bawah dua minit 10 saat.

“Perancangan saya esok adalah nak buat terbaik dan saya juga dapat pengalaman pertama bersama jentera Moto2 ini. Jadi, selepas ini saya akan perbaiki kelemahan untuk tampil lebih baik.

“Saya tahu ramai letak harapan tinggi kepada saya, tetapi apa yang boleh saya katakan perlumbaan MotoGP ini bukan level seperti CubPrix mahupun ARRC.

“Ini perlumbaan di tahap yang tinggi. Jadi bagi saya, hanya nak habiskan perlumbaan dan perbaiki catatan masa sepusingan, itu sudah menggembirakan buat diri saya,” kata Helmi. 

Selain Helmi, turut beraksi bersama pasukan adalah Azroy Hakeem Anuar yang menamatkan sesi hari ini di tempat ke-31 dengan catatan terbaiknya adalah pada sesi latihan bebas kedua, dua minit 10.084s. 

“Ada peningkatan sekiranya dibandingkan catatan masa sepusingan di sesi latihan bebas pertama dan kedua. Namun saya masih belum berpuashati kerana di sini (Sepang), saya boleh melakukan 2:10.000s ke bawah dengan mudah menggunakan jentera CBR,” katanya yang menerima sentuhan pelumba terkemuka, Hafizh Syahrin Abdullah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI