fbpx

2 nelayan hanyut bot habis minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik dua nelayan yang dilaporkan hanyut selepas bot fiber mereka kehabisan minyak. - Foto IHSAN BOMBA

TANGKAK – Dua nelayan tempatan berdepan detik cemas apabila bot fiber dinaiki mereka hanyut setelah kehabisan minyak dalam kejadian di Jeti Parit Karang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Johari Jalil, 40, dan rakannya, Khairul Azmi Mohd. Adnan, 37, terselamat.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, bot mangsa ditemui terapung kira-kira 16.2 nautika dari jeti berkenaan.

“Mangsa sebelum itu dilaporkan keluar dari Jeti Nelayan Sebatu, Sungai Rambai sejak jam 11.14 malam semalam sebelum mengalami kehabisan minyak pagi tadi. Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.30 pagi bergegas ke lokasi dengan tiga jentera bersama sembilan anggota.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) didapati benar sebuah bot fiber dinaiki dua nelayan telah hanyut akibat kehabisan minyak di kawasan berhampiran Jeti Parit Karang, Muar,” katanya.

Rafiah berkata, pasukan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat memaklumkan mangsa ditemui selamat oleh nelayan lain sebelum bot mereka ditunda ke Jeti Sungai Rambai, Melaka dekat sini.

Jelasnya, operasi ditamatkan pada pukul 10.08 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI