fbpx

Ibu mertua suap udang kara kepada menantu perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu mentua menjamu menantu perempuannya dengan udang karang di sebuah hospital dan menjadi tular baru-baru ini. - Foto Sanook

BANGKOK – Seorang ibu dijamu dengan hidangan udang kara enak oleh ibu mertuanya di sebuah hospital, dalam aksi yang membuatkan netizen kagum, lapor portal berita Thaiger semalam.

Ramai netizen menganggap ibu mertua itu  sebagai ibu mertua idaman. Kisah  tersebut yang menceritakan  tentang seorang wanita muda yang baru bersalin, tersebar luas di laman sosial.

Gambar yang dikongsi  mendedahkan dia duduk di atas katil hospital dengan ibu mertua di sisinya  membuang kulit udang untuk dia makan. 

“Apabila melihat menantunya keletihan selepas bersalin, ibu mertua itu tergesa-gesa menyuruh anaknya pulang mengukus udang kara dan membawanya  ke hospital.

“Kemudian, dia perlahan-lahan membuang kulit dan menyuapkan menantunya makan. Ya, kehidupan selepas berkahwin untuk seorang wanita,” kata individu yang menceritakan kisah tersebut.

Selepas gambar-gambar ini dikongsi secara meluas di laman sosial, ramai yang mengagumi ibu mertua tersebut kerana  melayan menantunya dengan baik dan bertimbang rasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI