fbpx

Israel bunuh 10 penduduk Palestin di kem pelarian Jenin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk Palestin membakar tayar bagi memprotes serbuan tentera Israel di Jenin, semalam. - Foto AFP

RAMALLAH, Tebing Barat  – Seramai 10 penduduk Palestin terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam serbuan Israel ke atas kem pelarian Jenin semalam di wilayah Tebing Barat yang dijajah Rejim Zionis, lapor portal berita The New Arab.

Kem itu diserang hebat oleh Israel termasuk kempen pengeboman, ketika serbuan dilakukan oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat untuk memburu pejuang Palestin.

Rakaman yang disiarkan di media sosial oleh agensi berita Palestin, Quds Network menunjukkan asap menjulang keluar dari sebuah bangunan di Jenin selepas dilaporkan terkena serangan dron tentera Israel.

Tentera Rejim Zionis pergi dari rumah ke rumah di Tebing Barat bagi mencari pejuang bersenjata, kata laporan tempatan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan bahawa seorang anggota paramediknya ditembak di belakang badan  semasa israel menyerbu kem pelarian Jenin.

Ia berkongsi imej yang menunjukkan pintu ambulans penuh dengan lubang peluru dalam aplikasi X.

Tentera Israel juga membunuh dua penduduk Palestin di bandar Hebron dan Bethlehem di Tebing Barat, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI