fbpx

Lelaki gigit mata buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya itu melepaskan kaki Deveraux selepas matanya digigit. - Getty Images

CANBERRA – Seorang penternak haiwan di Australia berjaya menyelamatkan diri ketika diserang seekor buaya dengan menggigit mata reptilia tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.

Colin Deveraux diserang seekor buaya sepanjang 3.2 meter ketika membaiki pagar seorang diri di kawasan terpencil Wilayah Utara.

Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu  berjalan di tepi tasik dan melihat ikan di dalam airnya yang surut untuk berehat seketika.

Tiba-tiba, Deveraux diserang hendap oleh seekor buaya jantan yang menerkamnya dari dalam air.

“Air  surut dan terdapat sedikit air di tengah tasik. Saya mengambil dua langkah dan buaya itu melekat pada kaki saya.” katanya.

Deveraux berkata, dia pada awalnya cuba menendang rusuk buaya itu dengan kaki kirinya. Apabila percubaan itu gagal, dia menggigit kelopak mata reptilia itu dan melarikan diri. 

Buaya itu mengejar Deveraux sejauh 4  meter sebelum berhenti mengejarnya.

Apabila selamat, dia mencari tuala dan tali untuk mengikat kakinya bagi menghentikan pendarahan, sebelum dibawa oleh abangnya ke hospital sejauh 130 kilometer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI