PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Deepavali bermula esok.
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi laporan di akaun X rasminya, pertambahan kenderaan di Karak menyebabkan kesesakan sejauh 6.2 kilometer (km) arah barat dari KM 26.0 hingga Tol Plaza Gombak.
Trafik juga dilaporkan perlahan sejauh 16.1km susulan kenderaan rosak di KM 35.9 arah timur (Gombak-Genting Sempah).
Bagaimanapun, kenderaan rosak dialihkan dan kesemua lorong telah dibuka.
Sementara di LPT1, trafik sesah sejauh 5.4km dari KM129.5 hingga KM124.5 arah Barat (Temerloh).
Seterusnya, aliran trafik perlahan sejauh 2.4km dari KM122.1 hingga KM124.5 arah Timur (Temerloh) berikutan pengaktifan laluan kontra di KM 124.5.
“Pandu berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
“Pastikan baki kad dan e-wallet mencukupi. Hubungi talian LPT di 1-700-818-700 untuk sebarang kecemasan,” pesannya. -KOSMO! ONLINE.