fbpx

Pengantin perempuan menari hingga ke pelaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan itu dilihat tidak sedarkan diri ketika menari. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pengantin perempuan dirasuk ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan, lapor laman berita SindoNews hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Twitter @kegblgnunfaedah. 

Majlis perkahwinan itu dipercayai bertemakan adat masyarakat Banjar dan berlangsung di wilayah Kalimantan Selatan.

Pasangan pengantin itu pada awalnya dilihat berjalan menuju ke dewan perkahwinan. 

Tanpa diduga, pengantin perempuan tiba-tiba menari di khalayak ramai dan meninggalkan pengantin lelaki.

Riak wajah pengatin perempuan itu kelihatan kosong seperti tidak sedarkan diri. Dia dilihat menari sehingga sampai ke pelamin di dalam dewan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pengantin perempuan nampak macam penari,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI