fbpx

Anggota imigresen maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Khairi Hamzah maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas dalam di kilometer 36 Jalan Batu Pahat - Kluang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di kilometer 36 Jalan Batu Pahat – Kluang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang ketika Muhamad Khairi Hamzah, 28, yang bertugas di Pejabat Imigresen Kluang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sri Gading di Batu Pahat.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 bersendirian dikatakan cuba mengelak sebuah kereta dari simpang berhampiran sekolah sebelum hilang kawalan serta terbabas ke bahu jalan dan terjatuh.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

“Hasil daripada bedah siasat yang dilakukan malam tadi mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” Katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana- mana saksi awam yang menyaksikan kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusoff menerusi talian 07- 4327704. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI